kalah tipis



2 november 2009 ~ hari ni gua mimpi bodoh pagi-pagi lagi. sebelum gua dikejutkan oleh azam selewat 7.50 pagi, gua didatangi oleh Are dan rakan dormnya dalam mimpi gua. Budak bilik bukan tak tahu gua ade klas kul 8. gua bangun kelam kabut pergi ke loker azam nak tengok jadual hari ni. fuuhhh, gua lega memanjang. Fizik amali clas first. cg. A.karim kompem-kompem takde.

gua capai tuala terus pegi mandi. bagus juga.taklah sesak macam jam7. air shower pun laju tyme mandi solo ni. selesai gua pakai baju,solek solek sikit pastu gerak ke kelas. papehal pun gua paling lambat turun hari tu. seperti biasa, agak ramai budak-budak kelas lain saing-saing ngan gua datang lambat ke kelas. nak jumpa budak kelas gua dalam kalangan mereka? Haram. suma awal. dalam hati gua menyumpah. pagi-pagi lagi dah kena mendaki. kalau boleh nak wat kelas jauh-jauh.

lupekan. hari nie gua belaja macam biasa. habis kelas pagi, gua naik bilik ngan insan shafiq. shafiq antara pemegang rekod balik bilik paling awal setakat ini. kawan gua beb. gua nak atas garisan kejap tapi shafiq mengapi-api gua supaya bermain dota bersama beliau. takpe gua ikut jela kerenah budak ni. tak diikut kang mengamuk satu kampung. gua pun main dota games sehingga bagaikan macam dah takde kelas dah selepas tu. sedar-sedar shafiq beritahu gua yang skang dah jam 2.45 petang. gua tenang. gua ke loker azam tengok jadual. gabra tak tentu pasal gua terus sentap kemeja gua. gua siap-siap nak pergi kelas. Math kuliah. memang cari nahas kalau datang lambat kelas cg. Liza. mau kena nyanyi lagu kebangsaan kolej kang kat depan kelas. yang shafiq pulak boleh dia buat relaks. siap boleh ajak gua sama-sama datang lambat ngan dia. gua beransur terus ke kelas. lantak lu,shafiq. sampai-sampai je dewan kenanga, gua ketuk pintu beri salam terus masuk. maaf cikgu, saya lambat. gua ambil tempat, duduk termengah-mengah. tadi gua jalan dengan turbo ke kelas. huh3 gua rase dendam kesumat cg. liza kat gua telah hilang. dah asyik gua je datang lambat mane taknye.

petang pula, gua ade match football ngan set-set team gemilang dengan jaguh. ngan set gemilang team gua menang kemas 4-0. masing-masing sumbat satu gol kecuali penjaga gol dan pengutip bola(milo). dengan set jaguh, team gua kalah tipis 1-0. gara-gara sebab pertukaran penjaga gol pada set ke-2. gol macam gampang. kena kaki team gua terus melalui celah kangkang penjaga gol. "own goal" bak kata micheal owen. lalu tak melayakkan kami untuk terus bermain ke match seterusnya. gua frust gua tumbuk tiang gol sampai bengkok.

malam, gua cukup bengang dengan broadband lutfy dan ipan. tak boleh nak "connect". bak kata paih, diorang tak bayar tu. gua baru nak update belog. gua tak ambil port. gua pekena neslo jap. gua plan nak wat assignment jap. gua baring kat katil terus lelap...

4 Responses so far.

  1. hello says:

    oi ko main dota ke..??

    tak habak pown...

  2. Aliy Fura says:

    mane leh kecoh2.
    gua lepak je.
    jnji style.

Leave a Reply