edisi keluar beruang



gua memang tak suke sama sekali bertembung dengan cikgu DZ(bukan nama sebenar) di campus. kerja part time nya suka mencari mangsa yang disuspek berambut panjang. nasib baik dia tak ajar gua. kalau tak mau hari-hari aku kena potong rambut ngan dia. mau berbulan nak menunggu rambut kembali panjang. huh..

pagi tadi, selepas gua dan set-set gua hendak gerak ke kelas BI...lalu terserempak dengan manusia tu. nak ikut jalan lain pn dah terlambat sebab dia dah aim sorang membe gua ney. pasal x pakai leher tali.

secara tidak langsung dia menahan kami semua dari terus berjalan. katanya rambut kami panjang. panjang ke? gua dan set-set gua dah marah ni. rasa nak penendang pun ada. tapi silap tendang kang, silap-silap kena tarik biasiswa Mara pula. bengang tahap nak penumbuk muka dia laju-laju kasi tercampak ke dinding.

kesian membe-membe gua sebab tyme diorang tengah kene setting rambut ngan uncle DZ tue, gua sempat memboloskan diri daripada genggaman manusia tu. nak buat service potong rambut free pun kenelah tanye 'permission' tuan badan dulu. nie kang main balun je. membe-membe gua sume rasa nak tetak pale dia. membe-membe gua cakap DZ lagi sikit nak keluarkan beruang. gua rasa DZ terpengaruh ngan cerita "kungfu panda".

Leave a Reply