


Pagi tadi, gua bangkit sahaja dari tidur, gua terus capai tuala, mandi dan bersiap-siap nak pergi ujian moto. Gua sempat sarapan kuih je untuk alas perut dek kerana tak sabar dah nak berangkat. Driver gua janji nak amik kat bus-stop kul 7. Gua tunggu sharp kul 7 ,tapi janji palsu. Demn. Dah nak kul 8 baru beliau datang jemput gua. Gua rasa nak bagi tangan je kat muka beliau. Pagi-pagi dah nak hilangkan mood. Dalam hati gua, takpe gua bagi can kali ni,buat lagi nahas lu. Gua syak dia pergi tebar roti canai kat umah dulu untuk makan anak bini. tu yang lambat tu.
0830.
Gua tiba di tempat latihan memandu yang akan berlangsung ujian bersama JPJ sebentar lagi. Gua keluar dari keta tadi, terus masuk ofis, tulis nama. Gua rasa terharu gila. Kenape la driver gua ni ajak datang awal-awal. Gua tengok gua isi nama paling atas dalam buku atas meja. yang lain ramai lagi belum datang. Kalau gua tau bek gua sambung balik tido kat rumah tadi. Sharp2 kul 9 baru gerak. Haih. Gua pun bengang. Gua kuar ofis teguk air mineral.
0900.
Gua masuk balik ofis pegi amik nombor giliran. dapat nombor 18. Dapat tag nombor gua boleh terima lagi.,tapi kalau sampai dapat baju bernombor memang gua dah rimas. bengang pun ada. Uncle Karim kata sape takde nombor lagi pegi mintak kat Uncle Jim. macam gua tak tahu uncle Jim tu tokan nombor ekor. pastu kena briefing. da macam nak pegi interview dah gua rase. Gua tak ambil port. gua keluar ofis teguk air mineral.
0925.
Gua pergi ke tempat peserta-peserta berpuak. kat bawah pondok yang tak kurang besarnya macam court tennis. Gua tunggu dengan penuh kesabaran. JPJ tak menunjukkan batang hidung lagi. hari makin panas. panas pagi...
0945.
Van biru masuk padang. JPJ dah datang. diorang turun-turun je dari van terus masuk bilik yang seakan-akan bilik rahsia gua tengok. punya lama dalam bilik tu.entah apa yang dibuat entah. Gua syak diorang baru nak bekfest. tak sempat kat rumah tadi. nak cepat bertugas la katakan. Gua boleh sabar lagi.
1030.
Para jpj keluar dari bilik rahsia. Ujian pun dah nak bermula. diorang bernasib baik. lambat seminit je keluar dari bilik rahsia bakal merasa penangan kaki gua. penat gua tunggu. Seorang demi seorang dipanggil untuk diuji.
1055.
sampai giliran gua. gua pakai helmet. capai moto. gua stat. vrooommmx3. gua warm up moto gua. gua jalan pusingan 8, titi, dan seterusnya hingga ke penamat. Gua bertindak cemerlang. bukan ape,malas nak bayar balik 150 ringgit. gua rase bawak moto ney taklah susah mane pun. macam bawak beskal je. adek gua yang lepasan tadika tu pun leh tunggang. gua tolak moto tepi. Jpj panggil gua. gua dah agak dia nak mintak autograf gua. gua sign. gua gerak kedai mamak. order teh panas.
1120.
gua pulang ke rumah. dalam fikiran gua sekarang ni balik-balik gua nak pekena baring puas-puas. sampai je kat umah gua capai tuala gua mandi. selesai gua masuk bilik nampak katil. gua 'on' kipas. kasi pusing laju-laju. baru je nak baring terus 'black-out'. gua menyirap. tak jadi tido. gua pergi dapur makan nasi.

Hahaha..
bro,ko blaja bwk moto ni dl masa sebulan ke?..kat mana?
sape kata gua blaja moto?
dah lame da rety.
gua nak testing power moto kat banting tu je.
haha! cm siot la bce kau pye cte nie.
ahha.
mcm siot pulak da.
pape pn thx kerna menjenguk.