pagi tadi gua terkejut. bukan ape. gua rase nak sebak pun ade bila gua bangkit je dari tido gua kira-kira jam 8,gua nampak kawan gua, lutfy seawal pagi telah menyematkan diri untuk ke pendaftaran unikl untuk sem 2. sebelum ni yakni pada sem 1 jarang sekali gua tengok insan ni bangun seawal pagi.
lutfy ni terkenal dalam kalangan dorm kami kerana dia antara peng'order nasi rock paling kerap. gua rasa dah cukup syarat dah lutfy nak dapat 50% diskaun ketika berurusan dengan p'guard. syaratnya ialah mengorder makanan tak kurang 3 jenis makanan dan mempromot kepada rakan-rakan.
gua macam dah takde mood nak belaja apatah lagi nak membeli buku-buku anjuran KMK. bak kata fuad, "kongsi duit je beli buku-buku". Gua tak endah. tidak membeli buku sama sekali. ini semua disebabkan sejarah buku-buku gua pada sem yang lepas. gua beli, pastu dapat tatap 1 hari je. kemudian lenyap entah ke mana. gua rase nak sumbat bantal je dalam mulut si penculik buku gua.
nak dijadikan cerita, gua sangatlah merasa nak bosan satu hari ini. ini adalah plot kejadian pagi tadi. pemeriksaan rambut - pendaftaran - sesi taklimat.
rambut gua kena gunting sedikit di bahagian depan. gua bengang. gua rasa nak sepak itu lecturer. tak jadi. ramai orang tengok. tapi kalau hari-hari macam ni memang licin kepala gua.

haha! syiok kot.
spelling biar betol