Hari terpenat

Today, sebangunnya aku dari tidur yang kurang enak, aku dikejutkan dengan permainan PES yang tidak henti2 dari malam semalam. Bengangnya aku tidak terkira apabila mendapati letop aku di'on berterusan dari malam semalam lagi........siapa lagi peggunanya kalau bukan sadam, zul dan lain-lain.

Aku terus menyiapkan diri aku untuk ke kelas..actually aku yang paling lambat dalam dorm aku....ermmm itu perkara normal kerana aku memang memegang rekod terlambat menyiapkan diri peringkat dorm....

Setelah itu, aku terus berangkat untuk ke kelas M3 di Dewan kenanga(bak kata ash). Arah aku dibetulkan oleh pelajar-pelajar K lain pabila mereka berkata kepada aku bahawa kelas adalah di Dewan Mawar...

Aku sempat menghadirkan diri ke kelas tersebut until pukul 10.15pagi sahaja pabila cikgu mengarah anak-anak buahnya pergi bersantap di dewan selera..Aku dan rakan-rakan pergi membeli-belah di Coop Mart yang tidak jauh dari Dewan Mawar yakni tempat class M3 berlangsung..

Tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi telefon berdering.....Aku membuat tidak tahu kerana aku yakin sound itu bukan dari telefon aku..Aku mula menge'check telefon aku ketika bunyi itu mula menyakitkan telinga aku dan kedengarannya datang dari arah poket seluar aku..Rupa-rupanya, aku lupa bahawa aku telah menukar theme telefon aku..hah

Haih, Cg. Rahmad menelefon aku rupanya..ERm dia mahukan aku untuk menghadirkan diri ke dewan untuk training Takraw..Lantas aku naik ke dorm dan menukar pakaian dan terus ke dewan....Dalam pada itu, aku menyuruh untuk Hafiz membawa pulang beg aku dan memberitahu Cg. m3 tentang perkara tersebut..Aku diberi kasut yang baru setibanya ke dewan.

Aku terus mentraining hingga jam 1230..Aku melabuhkan diri untuk ke dewan selera untuk lunch..uh penatnya tak terkata ketika itu..Aku terus naik ke dorm setelah selesai eat dan setibanya aku di dorm, aku terus nampak katil..fuh lega


semalam aku tidur sangat awal
petang ini ade training lagi
dorm aku x dihias apa-apa lagi, then tonight tuan pengarah nak check every dorm.Haih
tomorrow da start puasa, so kalian jangan nak ponteng2 k

Leave a Reply