adek jangan panik; relax je

Hari ini merupakan turn aku dan Sadam(bukan nama sebenar) menjalankan part time job kami iaitu memanagekan makanan berbuka bagi muslim2 dorm gagah(bukan nama dorm sebenar)....

Tepat jam 1730,waktu vietnam, both of us pergi ke DS lelaki untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kami merupakan yang terawal tiba di sana. Excited sungguh kami sehingga mencecah ke tahap dewa karma ramayana 19. Selepas itu, kami menghidang juadah berbuka yang telah terhidang sebenarnya di atas tray aluminium (yang hampir luput ditelan zaman) masing-masing.

Accidentally, kami dikejutkan dengan ketiadaan tray di atas meja sebelah iaitu meja untuk budak-budak yang makruh puasanya yakni seperti tidur sepanjang masa dan bangun ketika berbuka dan moreh ibarat bangun sahur....

Kami menanyakan kepada makcik DS dan konco-konconya tentang suatu hal. Berikut adalah dialog kami=

Aliy : makcik, ney kenape xde tray kat meja

Makcik DS 1 : makcik dapat list yang mengatakan ade rakan-rakan kamu yang tidak berbuka di sini so, kita terpaksa mngurangkan kuantiti mengikut bilangan pelajar yang ada sahaja.

Sadam : tapi makcik, kawan-kawan saya kata tiada seorang pun yang makan di luar.

Makcik DS 1 : makcik tak tahu, kami juz dapat surat ney...ntah dari sape entah...kami juz jalankan tugas kami sahaja. ADEK JANGAN PANIK, JANGAN BIMBANG.

Abang DS : ADEK RELAX JE.

maka, makcik DS tadi mamanggil geng nya dengan membawa bersama list nama pelajar yang dimaksudkan......

Makcik DS 2 : Jap eyh nk check kat list ney....adek dorm apa?

Sadam : Dom Gagah.

makcik DS2 tadi dengan kelam kabutnya memgang list pelajar itu..dan kelihatan dia seperti sedang kekucar-kaciran.

Sadam : mane makcik,..xde pun senarai ahli Gagah yang berbuka di luar..

Makcik DS 2 : kita ada banyak list....ade lagi kat office.

Alasan yang diberi sangatlah munasabah.boleh diterima

Finally, kami jualah yang pergi ambil sendiri baki tray dan lauk pauk untuk ahli dorm yang lain..
Nasib baik di bulan puasa.

DS = dewan selera

Leave a Reply